Tolong- tolong- tolong- (huwaaaaaa... jiwa, hati, perasaan saya sedang menjerit jerit....) Disebabkan saya selalu bernasib malang dalam setiap kali undian sape nk buat presentation dulu, maka saya menjadi orang pertama yang akan mempresent untuk subjek professional practice 4. haaaiihhh! di sebabkan itu saya perlu buat assignment ini laju -laju sebab mati lah kalo tak siap.
kerja sekolah ini menyebabkan mata saya telah berpusing pusing apabila membaca 1 form of contract document,dan ade lagi 2 yang perlu di baca dan fahami, saya yakin, setelah selesai membaca ketiga-tiga form of contract document ini, mata saya akan terus dan terus berpusing di samping otak kiri dan kanan juga turut berpusing pusing macam kipas yang berpusing pusing.
Saya harap jika ultraman membaca entry ini, sila lah datang membantu menyelamatkan saya dengan cara membagi/mengajar saya notes/assignment mengenai V.O and E.O.T. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment