Thursday, February 24, 2011

Selamat datang ke konsep majlis perkahwinan saya.

Weeeeeeeeeee…. Tajuk entry macam saya nk kahwin dah, tapi bf pong tak dak lagi. Haiiihh.. 
hahha.. okay okay.. mungkin tajuk tu salah dan perlu di tukar ke :

MENCARI IDEA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN TATI MELALUI ANGAN- ANGAN DAN KEHENDAK YANG SAYA IDAM IDAMKAN. HAHHA
( majlis untuk tati tapi ikut kehendak aku plak kan.. Hahahha)

Sebelum memulakan contest ni, (hah?? CONTEST?) kene buat betul betul ni.
Hatiku berkata: nak hadiah nak hadiahh.. pheewitt.. pheewit..
Mulut Tati berkata: ye ye, aku kasi hadiah. Nah nah.. (dalam hatinya: aku kahwin ti, aku request hadiah mahal mahal.) =P

Ishhh.. ape memain ni.. tengah CONTEST tau tak.. CONTEST ni..

Hmmm.. agenda kita dalam contest ini ialah mencari idea bagaimana bentuk pelamin yang sesuai, dan warna dan tema. dan perlu mulakan entry dengan ayat ... "Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana''..
jadi kiranya macam kita menulis untuk diri sendiri lah jugak karangan ni kan kan.??.k k. saya sekadar mencuba nasib.

Disebabkan saya masih single mingle dan belom punyai keinginan yang tinggi untuk berkahwin, cara mendapatkan idea yang paling mudah ialah dengan CARA BERANGAN (okay. itu memang hobi saya 24/7) =P Dan untuk lebih mudah lagi, saya akan berangan bahawa saya yang akan berkahwin (??? Huh??cik tati lah yang nk kahwin) . Alaa. Nama pon berangan kan. Cik tati jika berkenan dengan angan-angan saya ni, boleh copy paste je, tapi sila jgn lupa pos hadiah pada saya tau.     Hahahha.         Dah dah. Jangan merepek lagi..

Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana ia amat bertepatan dengan selera saya, adat saya, kehendak saya, cita cita saya, kemampuan saya, niat saya dan yang paling penting ianya sangat bertepatan dengan ANGAN-ANGAN saya. hahaha. 

ciri ciri saya: asal usul : n9 ade bau bau minang sket
Budaya saya : melayu
Adat resam : adat pepatih dan agama islam
Kemampuan diri : Pelajar ( anggap je lah saya dah bekerja)
Bakal suami : orang terkaya di Kutub Utara ( okay, ini betul betul berangan hahahhah.)

disebabkan diri saya bercirikan seperti diatas, jadi tema yang saya perlukan ialah seperti di bawah: 
  1. Minang style                2. English style a.k.a modern           3.bunga bunga style     ( hahah.. byk kan style. So korang sume kene lapangkan 3 kali setiap minggu sebab nak datang majlis kawin aku. Setiap minggu lain lain style. Campur 1 kali dipihak lelaki, so dalam sebulan tu, aku je kahwin tiap tiap minggu.) hahha
Eh contest lah ni.. serius skit. Hahah..

oleh sebab saya sukakan kesemua tema di atas tu.. saya terpaksa lah mencampurkan semua tema tersebut sehingga nampak sebati dan yummmy yummy (sebelum di tampar laju laju oleh saudara mara dan nenek saya sebab tiap tiap minggu kene datang majlis perkahwinan aku. hahah)



taaaaaaddddddddaaaaaaaaa... kesimpulan tema saya ialah : 

TEMA anak minang yang modern. (ahhah.. boelh tak macam tu??). hahha.. maksudnya saya nak bertemakan minang klasik… tapi… tak nk minang klasik  sangat.. pastu, saya nk yang modern.. tapi tak nk modern yang sgt. ( gila lah ko tan tan. ) hahah..dan di penuhi oleh bunga rose kale merah dan putih dan daun bunga ros kaler hijau. Hahah warna keseluruhan majlis ialah merah dan putih. Kot? Haha.. atau warna yang matching dengan bunga rose merah itu le cam cream ke.. tapi no hitam k no no no..

berdasarkan tema keinginan saya tu... PELAMIN NIKAH/PELAMIN KAHWIN PALING SAYA ANGAN-ANGAN KAN  ialah:  (buat masa sekarang je. Nanti sampai waktu saya kawen mungkin fesyen nya sudah berubah.)

Takde satu pon yang saya suka! Huh! ( gaya bongkak. Hahha) 
tapi tapi tapi idea nya ialah : macam ni. Tapi tangga tu sila hias cantik cantik guna bunga k.
Dan jangan sesekali mencrowded kan pelamin saya sebegini rupa dengan pelbagai kaler tau
orang datanng nak tgk saya yang kahwin.. bukan pelamin tu yang kahwin tau.
 Lepas tu lepastu.. di sepanjang perjalanan saya dari masuk dewan hingga ke pelamin mesti letak sangkar ni. 
Dalam dia sila letakan burung merpati okay. hahah.. sungguh comel ..
Okay. pelamin idaman saya tiada sebijik sebijik yang ade di google,. Jadi sila bayang kan je dengan mengabungkan semua kehendak idea saya itu ye.. =P

tamat sudah mengenai pelamin. kini pergi pula ke CONCEPT HANTARAN IMPIAN  saya mesti simple dan cantik. Lebih comel lagi jika dia di dalam bekas macam ni ke. 
Hahh.. dan jangan lupa semua rose tu kasi tukar kale merah!
( saya emo: penat google, takde pon hantaran yang ade bekas macam ni tapi letak bunga merah. Huh! ) hahahha.
seterusnya mari kita berangan mengenai  BAJU PENGANTIN IMPIAN pula.

Hah, part ni aku suka,.sebab mesti ade konflict punya lah.. 
mak saya kata saya mesti pakai baju tradisi. Macam ni.
setinggi mana kejayaan kita, asal usul jangan di lupakan .. eceh eceh. =P
Tapi. Jiwa muda aku berkata aku mesti pakai kiut macam ni. 
dress kembang kembang sampai bersih lantai aku sapu  =P
Jadi. Ko ingat tetamu tu nak tunggu ko ke tukar tukar baju atas stage macam AJL tu.? Hah? 
Tak pon ko ingat ko boleh pakai baju kiut kiut cam omputeh kain berjela jela tu, pastu laki ko pakai baju macam kesultanan melayu. 
Jadi.. jadi… jadi…. Kesimpulannya,. BERGABUNG . MELETUP. . hahhah..

Baju yang aku berkenan, macam  rabecca nur islam ni. Songket yang di modernkan. Aku lupe sape pereka dia. Tapi pernah keluar wanita hari ini. Jika berkenan, sila google sendiri.
tengok. kain dia sonket tapi ade lace lace modern.. i like ~
Lagi?? Lagi?? Nk tahu tu je ke pasal angan angan saya.?? Ooo.. saya sangat teruja berangan ni… jadi.. google punya google.. saya jumpa kek ni.. kiut nyeeee… guna cupcake untuk kek kahwin.. phewittt.. I like nyahhh… hahahha. Gila I berangan u..
sila guna warna merah okay.. MERAH. emo lagi..
rase macam nak tamatkan entry ini sahaja sebab kalo terus berangan lagi tentu semua kerja sekolah tak siap.

Jadi.. penutup entry nak tutup dengan ape ye.??
ooo.. dengan lakukan perkara di bawah..

1) Follow blog ini terlebih dahulu     dah
2) Jangan lupa save banner ini sebagai bukti anda sertai contest ini   dah kot
3) Pamerkan banner dan link blog ini di akhir entry anda     macam ni ke?


4) Jangan lupa link-kan penyertaan anda ke entry ini (PENTING)  jap lagi saya buat lepas siap entry ni.

5) Bagitau rakan-rakan anda yang lain mengenai contest ini   
saya dah beritahu mereka ni. 
1. yasmin  (' lecturer paling junior' yang akan berkahwin selepas tamat menjawab kertas soalan exam)
2. qiwie (geng opis yang ade boyfren hencem nama QESHIE hahah)

---------------TAMAT--------------
(entry terpanjang pernah saya lakukan. TERIMA KASIH kepada pemilik2 sumber gambar yang saya google.)

No comments:

Post a Comment